Friday, December 28, 2012

Ayam Panggang Black Pepper.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Apa agaknya menu istimewa untuk hari ni yer? Hari Sabtu pun my hubby tu bukan halfday. hehehehehe...dah tau dah kalau dia cakap balik awal tu maknanya pukul 3petang la paling awal dia. Itu pun pukul 3 petang baru gerak dari ofis. Sampai rumah pukul 4 juga... Redho je la. Saya stand by je bahan-bahan masakan awal. Agak-agak my hubby dah bertolak dari office, baru la saya mulakan operasi memasak. So, my hubby sampai rumah makanan panas lagi. Hehehehe saya ni memang malas sikit, sebab tulah suka yang panggang-panggang je. Masukkan dalan oven, set masa dan tinggal masak sayur dan nasi. Mudahkan? Lagipun kurang minyak kan. Sedap pulak tu. Jom kita cuba tengok bahan-bahan dan cara menyediakan ayam panggang saya ni ya.


Bahan - Bahan

Bahan Perapan
Seekor ayam dicuci bersih
1 labu bawang putih
4cm halia
3 ulas bawang merah
sedikit ketumbar
sedikit jintan pedas
garam secukup rasa
Sos black paper
sedikit gula
Sedikit mentega untuk membakar dan bahan sapuan



Bahan Kuah Asam

10 biji cili api
2 ulas bawang putih
sedikit garam
1/2 cawan air asam jawa yang pekat


Cara Perapan Ayam

  1. Potong ayam tersebut mengikut suka anda. Boleh jadikan 8 bahagian, 6 bahagian atau berapa bahagian sekali pun. Kalau saya, lebih suka kecil-kecil, mudah dimakan. hehehehehehe... Setelah dipotong, cuci bersih dan toskan, tepikan dahulu ayam tersebut.
  2. Tumbuk garam, halia, bawang putih, bawang merah, jintan pedas, dan ketumbar hingga lumat. Kalau malas nak tumbuk, masukkan je dalam blander, masukkan sos black paper dan sedikit air, lepastu bland je...lagi senang.
  3. Setelah siap bahan tersebut, ambil ayam yang telah di toskan tadi, sapukan bahan yang telah di tumbuk lumat tadi pada semua bahagian ayam tersebut. Sapu hingga rata. Ambil 3 sudu gula pasir dan gaulkan lagi. Kemudian ambil sos black paper, sapu hingga rata.
  4. Perapkan ayam tersebut selama 30 minit atau lebih untuk dapatkan rasa yang enak. Makin lama diperap makin merasuk bahan perapan tadi.
  5. Setelah diperap, letak dalam dulang pembakar, kemudian sapukan dengan sedikit mentega dan biarkan di dalam oven selama 30 minit dengan api atas dan bawah pada suhu 160c hongga 180c atau sehingga warna ayam tesebut coklat tua dan masak.



Cara Menyediakan Kuah Asam

  1. Tumbuk cili api, garam dan bawang putih hingga lumat
  2. Kemudian gaulkan dengan air asam jawa pekat tadi dalam mangkuk



Sekarang buka oven anda dan tengok ayam anda sudah masak ke belum. Jika sudah masak, bolehlah hidangkan untuk satapan tengah hari ini. Selamat mencuba....


Resepi Kek Lapis Mocha Cip Coklat

Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera. Dah lama rasanya saya meninggalkan aktiviti meng update blog ni. Rasanya sejak dari berhenti kerja di YPJ dulu. Hehehe...tak mengapa, kini Jantung Hati muncul dengan pelbagai resepi makanan. Sebab saya dah duduk rumah je sekarang ni, tu yang selera nak makan je. Ni resepi pertama yang saya post dalam blog saya ni. Walaupun kek lapis ni agak remeh buatannya, tapi ini tidak memutuskan usaha saya untuk mencuba sendiri di rumah. Alhamdulillah menjadi juga walaupun tak berapa menarik paras rupanya. Hehehehhe yang penpenting rasanya kan? 




Bahan - Bahan

Bahan A
450 gm mentega
200 gm gula kastor
21 biji kuning telur
1/3 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila

Bahan B
180 gm gula kastor
10 biji putih telur
1/2 sudu teh serbuk krim tartar

Bahan C
270 gm tepung Hong Kong
1/2 sudu teh pewarna coklat

Bahan D
1/2 cawan cip coklat
2 sudu teh emulco kopi

Bahan Sapuan
3 sudu makan marjerin + 2 sudu makan susu pekat manis


Cara - Caranya

  1. Bahan A ; satukan mentega, gula kastor, susu pekat manis dan esen vanila dalam mangkuk adunan. Pukul bahan-bahan tersebut hingga berkrim.
  2. Kemudian masukkan kuning telur sedikit - sedikit sambil dipukul hingga sebati. Tuangkan adunan tersebut ke dalam mangkuk yang besar.
  3. Bahan B; Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula kastor dan krim tartar. Pukul hingga hingga kembang dan kental dengan kelajuan tinggi.
  4. Bahan C; Masukkan tepung hong kong dan serbuk penaik ke dalam adunan mentega tadi dan gaul hingga sebati.
  5. Tuangkan adunan putih telur sedikit demi sedikit sambil kacau rata.
  6. Bahagikan adunan kepada dua. Satu bahagian biarkan pada warna asal dan satu bahagian lagi warna coklat dan ditambah dengan emulco kopi.



Kaedah Susun & Bakar
  1. Ambil satu cawan adunan warna asal dan ratakan dalam tin pembakar (loyang) 9inci X 9inci. Bakar dengan api atas dan bawah selama 7 minit pada suhu 150 - 160 C sehingga kek berwarna perang.
  2. Cucuk permukaan kek dengan garpu dan sapu dengan bahan sapuan.
  3. Ambil satu cawan adunan warna ciklat dan ratakan. Tabur cip coklat di atasnya. Bakar dengan api atas sahaja hingga kek berwarna perang.
  4. Ulangi proses tersebut dengan berselangseli hingga habis dibakar. Tutup permukaan tin dengan kertas aluminium dan bakar semula selama 15 minit dengan api atas dan bawah.



p/s: Kepada sesiapa yang berminat dan tidak sempat untuk  mencuba resepi ini, boleh juga buat tempahan disini. Insyaallah saya sentiasa ada kelapangan untuk kek yang sedap ini....

~ Selamat Mencuba ~



Wednesday, August 1, 2012

Di Majlis Perkahwinan Abong & Isteri....



My Fiance's Friends Weeding... Snapping Time..Weeee,..


JOM MAKAN!

Idir & Fiza wedding....



Sekali sekala berkumpul time kenduri kendara... Of course best gilerz2... Bergosip...ahakksss... Paling cepumas bile part sedara mara tanye aku bile lak time aku... Ohhooo..... tu kena lah tunggu dia. Apa-apa pun last week memang enjoy la. hehehehehehe..



Selamat Penganting Baru Idir & Fiza...
Semoga Happy & Berkekalan hingga ke akhir hayat... Amin...



Saudara mara yang Hadir Pada Majlis Kak Jah


Inilah suasana bila dah berjumpa sanak saudara.... Yang ada tu sampai dah tak terlayan... 


Di majlis Perkahwinan Kak Jah & Abg Razi


18 September 2011...
tarikh bahagia kak jah n abg razi....
n tarikh yg mnyebabkan kami sekeluarga penat...huuuhhhhhh......mmg ramai yg datang hari tu...
walaupun penat...kami berpuas hati bila yg djemput semua hadir...yang tak dijemput pun ramai gak datang...
maklum la....mak n abah da lame tak buat majlis besar macam tu... 

sweet couple forever n ever....



Wednesday, July 11, 2012

Aku dan Dia

KAMI....
Bukan saling mengenali...
Bukan saling mencintai...
Bukan bersaudara...
Bukan rakan sekelas atau sekerja...
Bukan sekampung...
Kami sangat berbeza...

AKU...
Seorang yang sukar di mengerti...
Seorang yang nekad...
Seorang yang menjaga hati orang lain lebih daripada hati sendiri...
Seorang yang cepat terasa...
Seorang yang lebih suka mendiamkan diri bila punyai masalah...
Seorang yang sukar bergaul dengan lelaki...
Seorang yang lambat mesra...
Seorang yang suka menjadi pemerhati...
Seorang yang suka berkata dan berbicara dalam hati...

DAN...

DIA...
Seorang yang aku tidak kenali...
Seorang yang tidak putus asa buat aku untuk berbicara dengannya...
Seorang suka membebel...
Seorang yang sentiasa cuba mencuri hati aku...
Seorang yang suka bagi bunga pada aku...
Seorang yang selalu buat aku tersenyum seorang diri...
Seorang penting dalam hidup aku...
Seorang yang sangat aku sayang dan cinta...

KAMI...
Dikenalkan oleh seseorang...
Bakal disatukan...
Saling memerlukan antara satu sama lain...
Inginkan kebebasan membina kehidupan baru...
Ingin membina mahligai yang indah...
Ditakdirkan untuk bersama...

SEMOGA....
Kehidupan kami bahagia hingga akhir hayat...
Kehidupan kami disinari cahaya keriangan...
Kehidupan kami di dalam lindungan ALLAH SWT...
Kehidupan kami sentiasa dirahmati...
Kehidupan kami disenangi dan diterima kedua keluarga....
Kehidupan kami diredhai...
Kehidupan kami sentiasa dalam memperoleh dan dilimpahi rezekiMU ya ALLAH...
Kehidupan kami dipermudahkan...
... Amin...