Friday, December 28, 2012

Resepi Kek Lapis Mocha Cip Coklat

Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera. Dah lama rasanya saya meninggalkan aktiviti meng update blog ni. Rasanya sejak dari berhenti kerja di YPJ dulu. Hehehe...tak mengapa, kini Jantung Hati muncul dengan pelbagai resepi makanan. Sebab saya dah duduk rumah je sekarang ni, tu yang selera nak makan je. Ni resepi pertama yang saya post dalam blog saya ni. Walaupun kek lapis ni agak remeh buatannya, tapi ini tidak memutuskan usaha saya untuk mencuba sendiri di rumah. Alhamdulillah menjadi juga walaupun tak berapa menarik paras rupanya. Hehehehhe yang penpenting rasanya kan? 




Bahan - Bahan

Bahan A
450 gm mentega
200 gm gula kastor
21 biji kuning telur
1/3 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila

Bahan B
180 gm gula kastor
10 biji putih telur
1/2 sudu teh serbuk krim tartar

Bahan C
270 gm tepung Hong Kong
1/2 sudu teh pewarna coklat

Bahan D
1/2 cawan cip coklat
2 sudu teh emulco kopi

Bahan Sapuan
3 sudu makan marjerin + 2 sudu makan susu pekat manis


Cara - Caranya

  1. Bahan A ; satukan mentega, gula kastor, susu pekat manis dan esen vanila dalam mangkuk adunan. Pukul bahan-bahan tersebut hingga berkrim.
  2. Kemudian masukkan kuning telur sedikit - sedikit sambil dipukul hingga sebati. Tuangkan adunan tersebut ke dalam mangkuk yang besar.
  3. Bahan B; Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula kastor dan krim tartar. Pukul hingga hingga kembang dan kental dengan kelajuan tinggi.
  4. Bahan C; Masukkan tepung hong kong dan serbuk penaik ke dalam adunan mentega tadi dan gaul hingga sebati.
  5. Tuangkan adunan putih telur sedikit demi sedikit sambil kacau rata.
  6. Bahagikan adunan kepada dua. Satu bahagian biarkan pada warna asal dan satu bahagian lagi warna coklat dan ditambah dengan emulco kopi.



Kaedah Susun & Bakar
  1. Ambil satu cawan adunan warna asal dan ratakan dalam tin pembakar (loyang) 9inci X 9inci. Bakar dengan api atas dan bawah selama 7 minit pada suhu 150 - 160 C sehingga kek berwarna perang.
  2. Cucuk permukaan kek dengan garpu dan sapu dengan bahan sapuan.
  3. Ambil satu cawan adunan warna ciklat dan ratakan. Tabur cip coklat di atasnya. Bakar dengan api atas sahaja hingga kek berwarna perang.
  4. Ulangi proses tersebut dengan berselangseli hingga habis dibakar. Tutup permukaan tin dengan kertas aluminium dan bakar semula selama 15 minit dengan api atas dan bawah.



p/s: Kepada sesiapa yang berminat dan tidak sempat untuk  mencuba resepi ini, boleh juga buat tempahan disini. Insyaallah saya sentiasa ada kelapangan untuk kek yang sedap ini....

~ Selamat Mencuba ~



No comments:

Post a Comment

thanks for your comment.. :)